Tuesday, May 1, 2012

majlis persaraan pengetua sms sultan mahmud dan anugerah kokurikulum 2011

setelah sekian lama menabur bakti di SESMA,Tuan Haji Mohammad Suhaimi Bin Hasyim telah bersara..34 tahun sudah beliau berkecimpung dalam dunia pendidikan namun pada tahun lepas beliau telah mengumumkan tarikh persaraan beliau..
beluiau merupakan lulusan Universiti Malaya dengan memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera serta Diploma Pendidikan, beliau memulakan kerjaya sebagai guru Sejarah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemasik, Kemaman pada 1977.
Beliau yang berasal dari Lundang, Kota Bharu, Kelantan itu kemudiannya meneruskan khidmatnya di SMK Tengku Ibrahim, Setiu pada 1979, SMK Seri Nering, Besut (1982) dan SMK Tengku Mahmud, Besut (1989).
semoga beliau sentiasa dilindungi Allah S.W.T..




pada hari yang sama juga telah berlangsung majlis anugerah kokurikulum SMS Sultan Mahmud untuk sesi 2011..



tahniah saya ucapkan kepada aswad dan yusrah kerana masing-masing telah merangkul gelaran olahragawan dan olahragawati sekolah..tahun 2011 adalah tahun yang paling berbeza berbanding tahun lain kerana buat pertama kalinya dalam sistem rumah yang digunakan sejak sekian lama di sekolah kita,rumah Tun Mutahir telah menjadi juara untuk kali ini..tahniah kepada kapten,penolong kapten dan seluruh warga tingkatan lima kerana berjaya membawa rumah Tun Mutahir ke peringkat ini..

No comments: