Friday, April 20, 2012

physics outreach

program physics outreach telah diilhamkan oleh guru-guru fizik sms sultan mahmud yang berdedikasi demi menaikkan martabat dan nama sekolah dalam pencapaian SPM..seramai 119 warga batch 34  telah menyertai program ini..mereka telah dibahagikan kepada 2 orang sekumpulan agar lebih terdedah dengan kerja amali dan pelajar akan lebih menghayati kerja yang mereka lakukan..secara am,program ini telah memberi impak yang besar dalam subjek fizik..secara tidak langsung,program ini telah banyak membantu pelajar-pelajar yang terlibat disamping pelajar dari sekolah lain yang turut hadir bagi menjayakan lagi program ini dengan jayanya..seluruh komitmen yang diberikan pelajar jelas dilihat dari hasilnya..












Tuesday, April 10, 2012

marang village

inilah kem terakhir yang dianjurkan kepada kita semua..terima kasih kepada APMT yang telah menaja kami semua..tanpa bantuan dari pihak anda kami tidak dapat pergi ke sana bersama-sama kerana pada mulanya hanya 80 orang dijemput kemudian APMT meluluskan permohonan kami untuk menaja penuh makan dan penginapan kami seramai 119 orang di Marang Village Resort..


kami bermalam disini selama 3 hari 2 malam..penginapan pun agak selesa dan makanan pun boleh tahan..tapi satu sahaja yang kurang,kad astro cikgu ambil..kalau tidak memang cukup pakej..




kali ini cikgu-cikgu lebih menekankan subjek teras..kelas diadakan di dalam dewan yang selesa..







malam last telah diadakan BBQ..terima kasih kepada para pembakar..semoga kenangan kita bersama kekal abadi buat selamanya..

Saturday, April 7, 2012

wisma darul iman

program ini telah disertai oleh seluruh pelajar batch 34 anjuran yayasan terengganu yang bertempat di wisma darul iman..antara program yang dijalankan ialah sesi taklimat tentang bidang kedoktoran dan kejuruteraan..taklimat menekankan tentang cara bagaimana seorang pelajar itu boleh melayakkan diri mereka untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi nanti dan apakah kelayakkan minima untuk mengambil bidang tersebut..program yayasan terengganu ini telah sedikit sebanyak memberi kami info tentang kerjaya yang bakal kami pilih kelak setelah selesai SPM..