Monday, December 7, 2009

mssm krm milo under 15 ke-27,2009

 
mssm krm milo adalah suatu kejohanan yang berprestij kepada para lepasan pmr..kontijen sesma selaku mewakili mssm terengganu telah bertolak selepas s0lat jumaat 20/12/2009..sultan ismail kolej(sic)telah menjadi tuan rumah dan tempat penginapan para peserta dari seluruh malaysia..kami mejalani sedikit work-out di padang sic..kami sungguh teruja dan bersemangat..ini merupakan barisan pemain sesma..

prop :Anwar dan amir mustaqeem
hooker :azharuddin
scrum-half :faris
stand-off :nadzir
inside center :nazim
outside center :faiz
fullback :aswad
wing :sufian
blindside :Azhar
barisan reserve :Ahnaf

Safuan


shahril


zailani


azamuddin


sahrul
coach :Encik asaari


pada 21/11/2009,
perlawanan pertama kami adalah menentang sekolah menengah sains abdul halim(semsah)..perlawanan agak sengit kerana pihak lawan tidak mudah berputus asa dengan asakan backline..dan di second half,kami telah menukar strategi daripada menggunakan backline dan bertukar bermain foward..ternyata pertukaran itu membuahkan hasil apabila try tunggal perlawanan ini dilakukan oleh amir mustaqeem hasil gabungan set-piece yang menarik yang dilakukan foward..sesma menang,5-0..

perlawanan peringkat kumpulan yang kedua telah berlangsung antara sesma menentang sekolah menengah sains machang(smach)..oleh kerana prestasi backline tidak memberangsangkan,cikgu menyuruh foward lebih banyak bermain..ternyata laluan amat mudah bagi kami..smach tidak dapat menyaingi fitness pemain sesma dan kalah 20-0..try dilakukan oleh nazim,azhar,faris dan kapten sesma,aswad..tetapi kami kehilangan khidmat scrum-half kerana telah injured..

pelawanan ketiga merupakan satu perlawanan yang agak sukar dan mencabar kerana kami akan menentang sekolah sukan negeri sembilan atau dulu dikenali sebagai smk za'baa..
kami telah membuat keputusan untuk membiarkan foward mengasak benteng pertahanan lawan..namun pihak lawan enggan menyerah..kami berjaya menembusi benteng lawan dan melakukan satu try yang disumbang oleh azhar..secondhalf,pemain ssns mula memberi tekanan dan mereka juga agak tertekan..pemain kami,nazim telah ditumbuk oleh pemain ssns..peristiwa itu membuatkan kami lebih bersemangat dan sekali lagi gabungan mantap foward berjaya meledakkan satu lg try yg dilakukan oleh amir..sesma menang 10-0..

pada hari kedua 22/12/2009,pasukan sesma telah siap untuk bermain..kami sangat teruja walaupun kehilangan khidmat scrum-half namun itu ternyata tidak menghalang kami untuk merebut gelaran johan pada tahun ini..dipusingan second round cup-plate,sesma telah bertemu dgn sekolah alam shah..try seawal 2 minit dilakukan barisan foward yang berkaliber..try azharuddin telah melayakkan sesma untuk bermain kategori cup..

pelawanan suku akhir cup telah menyaksikan antara sesma menentang sekolah menengah sains selangor..pemain sesma yang kurang bersedia di awal permainan telah menyebabkan ss melakukan try atas kesilapan kecil..secondhalf,pemain ss telah mengejutkan kami dengan melakukan satu lagi try dengan convet masuk..kami tidak terus menyerah,try dilakukan oleh azhar..pemain sesma terus berusaha menembusi pertahanan ss namun usaha kami gagal kerana masa tidak mengizinkan..


pada malam hari,kami dibenarkan berjalan dan membeli-belah di KB MALL..hal ini kerana cikgu asaari berpuas hati dengan persembahan kami petang tadi..


sampai disinilah sahaja perjuangan kami..namun,kami agak berpuas hati kerana dapat bermain cup pada tahun ini dan kami akan terus berusaha untuk terus maju..masih banyak lagi perlawanan pada tahun hadapan seperti sbp 10's dan cobra untuk dimenenangi..sekian..





Monday, November 23, 2009

sbp 10's 2009..

Bermula pada 08 Jun sehingga 12 Jun 2009, bertempat di Sek. Men. Sains Johor..Kejohanan yang diadakan setiap tahun ini bertujuan mencungkil bakat pemain-pemain ragbi dari SBP seluruh Malaysia bagi diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi..SESMA menghantar pasukannya untuk merebut piala cup sbp 10's pada tahun ini..antara pemain2 SESMA adalah termasuk anwar,azharuddin,aswad,nazim,nadzir dan faris..selebih nye f4..di peringkat kumpulan kami telah menjadi johan kumpulan..di peringkat pusingan kedua,kami tlh berjaya menewaskan mckk(malay college kuala kangsar) dan melayakkan diri ke kategori cup..sedihnya,perjuangan kmi hnya terhenti disana shj kerana terpaksa menewaskan SEMASYUR..kami tumpas di tgn mereka..tetapi kami cukup bgga kerana berjaya melayakkan diri ke kategori cup berbanding thn lps hanya bermain plate dan pada tahun hadapan,pasukan kita akan bangkit kembali untuk menjuarai kejohanan ini,insyaallah..sekian..

Monday, November 2, 2009

about rugby...

Ragbi adalah permainan yang sering dimainkan oleh lelaki yang
"Macho" dan mempunyai badan yang sasa.Namun begitu,pasti ramai
yang tidak tahu mana asal usul permainan ragbi ini.Saya ingin
cuba mencoret serba sedikit mengenai sejarah permainan ragbi
di dunia ini.


Ketika perlawanan bola sepak peringkat sekolah di England pada
tahun 1823,William Webb Ellis mengambil bola dengan tangannya
dan membawanya lari. Sejak itu,bermulanya perlawanan ragbi.
Kemudian Universiti Cambrigde telah mengubahsuai permainan
ini, mempopularkan dan membuat peraturan rasmi ragbi.Ragbi
mula popular pada tahun 1871 di sekolah-sekolah di England.
Kemudian Kelab Ragbi mengumumkan peraturan rasmi permainan
ragbi di London sepuluh tahun kemudian.

Permainan ragbi semakin melakar nama terutama di Great
Britain, New Zealand, Australia dan Afrika Selatan.Bilangan
kelab bertambah dari 80 kepada 1000 kelab antara tahun 1964
hingga 1980.Kini permainan ragbi berkembang sehingga ke 80
buah negara di seluruh dunia.


Ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia
dilihat melalui mata kasar. Sebaliknya, ragbi adalah salah satu
sukan yang membentuk keperibadian seseorang.Ragbi juga dianggap
sebagai sukan atau permainan yang dianggap lelaki sejati bagi
sesetengah pihak. Semasa perlawanan, seseorang yang menjadi
pemain ragbi akan menganggap pasukan lawan mereka sebagai
musuh ketat yang perlu dikasari tetapi setelah perlawanan
berakhir, kedua-dua pasukan ini adalah sahabat yang baik.

Friday, April 10, 2009

blog ini dibuat oleh seorang pelajar sesma..sesma atau sekolah menengah sains sultan mahmud,kuala terengganu bukannya lagi nama sekolah yang jarang kita dengari jika anda tinggal di terengganu mahupun malaysia..sekolah ini telah melahirkan banyak insan yang berjaya..


ahli batch 34 mula-mula menduduki sesma pada 8 januari 2007.Sepanjang kita berada di sesma,telah kita alami pelbagai suka duka disini bersama rakan-rakan kita..pelbagai jenis dugaaan yang kita harungi dan akhirnya kita sekarang telah menjadi senior..



oleh itu kita haruslah mula menjaga nama baik batch kita..seboleh-bolehnya,biarlah batch kita ni memahat sejarah yang baik sepanjang kita berada di sesma..batch kita juga agak aktif dalam permainan ragbi..oleh itu,bagi pemain ragbi batch 34,teruskan usaha anda mangharumkan nama sekolah..jia terdaya,kita mesti cuba untuk memenangi MSSMNT untuk kelayakan bermain COBRA..insyaallah batch kita boleh lakukan..



kita juga akan mengambil peperiksaan PMR pada 2009 dan SPM pada 2011..saya amat mengharapkan batch kita dapat memecahkan rekod sesma..kita buat yang terbaik!!sebenarya, tujuan saya membuat blog ini untuk menggumpul ahli batch kite dan dari blog ini,saya akan kemukakan masalah,berita,peristiwa dan kenangan batch kita seta menaikkan nama sekolah kita dalam bidang ICT..




oleh itu,saya amat berharap anda selalu melayari blog ini..sekian daripada saya,assalamualaikum...