kali ini kita akan mengimbau kembali kenangan manis pelajar lelaki sebanyak lebih kurang 40 orang yang telah berangkat ke bukit gambang waterpark..aktiviti ini sebenarnya adalah hasil kerjasama antara pasukan PKBM SESMA dan PENGAKAP SESMA..terima kasih kepada mereka yang telah menyediakan kertas kerja rombongan ini..
kami bertolak pada jam 5.30 pagi dari dataran asrama pada hari sabtu..walaupun terdapat satu insiden yang tidak menyenangkan telah berlaku,namun kami tetap meneruskan perjalanan..perjalanan menaiki bas sekolah mengambil masa selama lebih kurang 4 jam..kami berhenti bersarapan di R&R bukit besi sebelum meneruskan perjalanan..
setibanya kami diperkarangan waterpark tersebut,kami tidak dapat menahan keghairahan kami untuk bersuka ria..dari setiap wajah terukir senyuman dan kegembiraan yang tidak terhingga..kami terlebih dahulu mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan..
selepas mendapat tiket masing-masing,kami memasuki ke dalam waterpark ini..hampir semua daripada kami buat pertama kalidatang ke waterpark pada hari tersebut..kami menyimpan beg kami disebuah meja dan menukar pakaian kami..apa lagi,jom mandi!
selepas itu,kami masih sempat berman bola tampar disebuah court yang terdapat didalam waterpark tersebut..kemudian kami menukar pakaian dan bergegas pula ke ECM untuk berjalan-jalan dan membeli cenderahati buat kenangan..
selepas itu kami menghala ke daerah dungun untuk ke rumah fakhrudin untuk makan nasi dagang!fuh,memang sedap betul..tambah pula kami yang tengah lapar..terima kasih idin..kemudian kami pulang ke sekolah dan tiba jam 12 malam..kenangan ini akan sentiasa terpahat di dalam hati saya sebagai kenangan manis bersama rakan-rakan batch 34 of sesma..
No comments:
Post a Comment