Thursday, February 16, 2012

angulia first trip

semua pelajar SMS SULTAN MAHMUD,K.TRG telah ke angulia resort di marang,terengganu..cuma terbahagi kepada 2 rombongan..kali ini saya akan membuat laporan tentang rombongan pertama dahulu..rombongan ini diadakan sebelum peperiksaan percubaan atas arahan cg amir bin ya untuk melonjakkan prestasi akademik pelajar-pelajar tingkatan 5 SPM 2011..jadual semasa kem ini diadakan amatlah padat kerana cikgu-cikgu ingin memberi fokus dan komitmen sepenuhnya kepada peserta..masihkah anda mengingati kem ZEROG(sifar G) yang dianjurkan oleh panitia matematik tambahan..program ini telah banyak membantu peserta kem meningkatkan kefahaman mereka..penginapan juga agak selesa dan makanannya juga memuaskan..suasana dewan yang mempunyai pendingin hawa mendatang suasana sesuai dan kondusif semasa pembelajaran..terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam kem ini yang telah memerah keringat dan banyak bekorban untuk kami semua..





Friday, February 10, 2012

gambang mari!

kali ini kita akan mengimbau kembali kenangan manis pelajar lelaki sebanyak lebih kurang 40 orang yang telah berangkat ke bukit gambang waterpark..aktiviti ini sebenarnya adalah hasil kerjasama antara pasukan PKBM SESMA dan PENGAKAP SESMA..terima kasih kepada mereka yang telah menyediakan kertas kerja rombongan ini..




kami bertolak pada jam 5.30 pagi dari dataran asrama pada hari sabtu..walaupun terdapat satu insiden yang tidak menyenangkan telah berlaku,namun kami tetap meneruskan perjalanan..perjalanan menaiki bas sekolah mengambil masa selama lebih kurang 4 jam..kami berhenti bersarapan di R&R bukit besi sebelum meneruskan perjalanan..

setibanya kami diperkarangan waterpark tersebut,kami tidak dapat menahan keghairahan kami untuk bersuka ria..dari setiap wajah terukir senyuman dan kegembiraan yang tidak terhingga..kami terlebih dahulu mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan..





selepas mendapat tiket masing-masing,kami memasuki ke dalam waterpark ini..hampir semua daripada kami buat pertama kalidatang ke waterpark pada hari tersebut..kami menyimpan beg kami disebuah meja dan menukar pakaian kami..apa lagi,jom mandi!








selepas itu,kami masih sempat berman bola tampar disebuah court yang terdapat didalam waterpark tersebut..kemudian kami menukar pakaian dan bergegas pula ke ECM untuk berjalan-jalan dan membeli cenderahati buat kenangan..


selepas itu kami menghala ke daerah dungun untuk ke rumah fakhrudin untuk makan nasi dagang!fuh,memang sedap betul..tambah pula kami yang tengah lapar..terima kasih idin..kemudian kami pulang ke sekolah dan tiba jam 12 malam..kenangan ini akan sentiasa terpahat di dalam hati saya sebagai kenangan manis bersama rakan-rakan batch 34 of sesma..