Ragbi adalah permainan yang sering dimainkan oleh lelaki yang
"Macho" dan mempunyai badan yang sasa.Namun begitu,pasti ramai
yang tidak tahu mana asal usul permainan ragbi ini.Saya ingin
cuba mencoret serba sedikit mengenai sejarah permainan ragbi
di dunia ini.
Ketika perlawanan bola sepak peringkat sekolah di England pada
tahun 1823,William Webb Ellis mengambil bola dengan tangannya
dan membawanya lari. Sejak itu,bermulanya perlawanan ragbi.
Kemudian Universiti Cambrigde telah mengubahsuai permainan
ini, mempopularkan dan membuat peraturan rasmi ragbi.Ragbi
mula popular pada tahun 1871 di sekolah-sekolah di England.
Kemudian Kelab Ragbi mengumumkan peraturan rasmi permainan
ragbi di London sepuluh tahun kemudian.
Permainan ragbi semakin melakar nama terutama di Great
Britain, New Zealand, Australia dan Afrika Selatan.Bilangan
kelab bertambah dari 80 kepada 1000 kelab antara tahun 1964
hingga 1980.Kini permainan ragbi berkembang sehingga ke 80
buah negara di seluruh dunia.
Ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia
dilihat melalui mata kasar. Sebaliknya, ragbi adalah salah satu
sukan yang membentuk keperibadian seseorang.Ragbi juga dianggap
sebagai sukan atau permainan yang dianggap lelaki sejati bagi
sesetengah pihak. Semasa perlawanan, seseorang yang menjadi
pemain ragbi akan menganggap pasukan lawan mereka sebagai
musuh ketat yang perlu dikasari tetapi setelah perlawanan
berakhir, kedua-dua pasukan ini adalah sahabat yang baik.
No comments:
Post a Comment