Monday, May 7, 2012

our last dinner at TER

seperti tajuk post ni,makan malam terakhir BATCH 34 telah diadakan di Terengganu Equestrian Resort(TER)..pelajar dikehendaki memakai baju kasual agar berketrampilan baik..makan malam pelajar tingkatan 5 telah menjadi budaya di sekolah kita setelah sekian lama..majlis ini diadakan simbolik pelajar tingkatan 5 pada tahun tersebut akan meninggalkan sekolah itu tidak lama lagi..persiapan bagi majlis ini amatlah besar..pelajar telah mengeluarkan belanja yang besar demi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar..kepada pihak yang memberi sumbangan,terima kasih diucapkan kerana telah membantu..

THE BOYS











THE GIRLS






semua bergaya dan cantik-cantik..


terima kasih kepada mereka yang membuat persembahan..sungguh mencuit hati apabila melihat gelagat kawan-kawan kita di pentas ini..ditambah lagi dengan berbalas seloka..semoga memori ini kekal dalam diri kita..

Tuesday, May 1, 2012

raya 2011


selamat hari raya kepada semua ahli batch 34 sesma..walaupun tahun 2011 merupakan tahun terakhir kita berada di bumi sesma namun tidak bermakna kita perlu bersedih..sememangnye meriah sambutan hari raya paada tahun ini..kebanyakan berpakaian beru dan ada jugan yang memakai baju yang sama beramai-ramai..dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya,maaf zahir dan batin kepada seluruh warga batch 34 sesma selaku admid blog ini kerana banyak kesulitan yang tidak dapat saya tangani..





piala cikgu amir bin ya

cikgu amir bin ya,cikgu matematik tambahan kita telah menganjurkan kejohanan futsal peringkat sekolah..semua warga batch 34 lelaki telah menyertai pertandigan ini..tujuan sebenar kejohanan ini diadakan adalah untuk menghilangkan rasa stress dalam kalangan para pelajar serta merapatkan hubungan silaturrahim para pelajar..







majlis persaraan pengetua sms sultan mahmud dan anugerah kokurikulum 2011

setelah sekian lama menabur bakti di SESMA,Tuan Haji Mohammad Suhaimi Bin Hasyim telah bersara..34 tahun sudah beliau berkecimpung dalam dunia pendidikan namun pada tahun lepas beliau telah mengumumkan tarikh persaraan beliau..
beluiau merupakan lulusan Universiti Malaya dengan memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera serta Diploma Pendidikan, beliau memulakan kerjaya sebagai guru Sejarah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemasik, Kemaman pada 1977.
Beliau yang berasal dari Lundang, Kota Bharu, Kelantan itu kemudiannya meneruskan khidmatnya di SMK Tengku Ibrahim, Setiu pada 1979, SMK Seri Nering, Besut (1982) dan SMK Tengku Mahmud, Besut (1989).
semoga beliau sentiasa dilindungi Allah S.W.T..




pada hari yang sama juga telah berlangsung majlis anugerah kokurikulum SMS Sultan Mahmud untuk sesi 2011..



tahniah saya ucapkan kepada aswad dan yusrah kerana masing-masing telah merangkul gelaran olahragawan dan olahragawati sekolah..tahun 2011 adalah tahun yang paling berbeza berbanding tahun lain kerana buat pertama kalinya dalam sistem rumah yang digunakan sejak sekian lama di sekolah kita,rumah Tun Mutahir telah menjadi juara untuk kali ini..tahniah kepada kapten,penolong kapten dan seluruh warga tingkatan lima kerana berjaya membawa rumah Tun Mutahir ke peringkat ini..