Thursday, January 19, 2012

teacher's day 2011!

selamat hari guru kepada seluruh guru sesma!jasamu akan sentiasa kam kenang..penat lelah mu mengajar kami akan kami hargai selama-lamanya..setiap tahun pada 16 mei sekolah kita akan meraikan guru-guru kita dengan pelbagai aktiviti yang menarik yang diuruskan pelajar f5 setiap tahun..








pada hari tersebut guru-guru akan bersuka ria dengan bermain pelbagai aktiviti yang dianjurkan..seluruh guru amat gembira kerana dapat menghilangkan tekanan dengan berhibur bersama mereka sendiri..












ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini..seluruh krew-krew yang telah memberi komitmen yang terbaik dalam kerja yang dibuat..hasil kerjasama dan persahabatan yang utuh dari semu pihak tidak kira lelaki atau perempuan..dan sebagai pesanan,jangan sesekali kita melupakan jasa guru kita yang telah mengajar kita demi kejayaan kita sendiri..begitu suci perjuangan guru-guru kita yang telah banyak bekorban demi batch kita..sama-sama kita mendoakan kesejahteraan dalam hidup mereka..guru,engkau ibarat lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi kegelapan dunia ini..

hari sukan 2011

acara yang dinantikan oleh seluruh pelajar SESMA..acara sukan yang paling berprestij peringkat sekolah yang disertai oleh jaguh-jaguh sukan sekolah kita..semua wakil rumah berlatih bersungguh-sungguh demi mengangkat nama rumah mereka dan diri mereka sendiri..seperti biasa,perasmian majlis ini akan disusuli dengan acara perarakan..























bagaimana pun ucapan tahniah kepada warga tun perak kerana telah berjaya merangkul gelaran juara keseluruhan sempena hari sukan pada tahun tersebut walaupun terdapat sedikit konflik dengan rumah tun sri lanang namun keputusan telah diumumkan..tahniah..

makan malam f4 2010

makan malam ini telah dianjurkan oleh batch kita sendiri dengan kutipan duit sendiri..terima kasih kepada semua ahli jawatan kuasa yang telah menjayakan program ini dengan jayanya walaupun anda terpaksa mengerah keringat dan bersusah payah demi kebaikan kita bersama..




jamuan ini diadakan di dewan besar SESMA..tidak lupa kepada pembakar-pembakar ayam kita,ribuan terima kasih saya ucapkan kerana tidak menghanguskan ayam pada malam tersebut..



majlis ini juga dihadiri beberapa orang cikgu termasuk tuan pengetua,mami sensei dan lain-lain guru..majlis ini telah diatur baik oleh pihak pengurusan dan kerjasama yang baik daripada semua ahli batch 34..